Sunday, April 7, 2019

TOPIK 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN




MAKSUD INTERAKSI?

Interaksi bermaksud pengaruh atau aksi dua hala. Dalam proses ini, seorang individu berinteraksi dengan individu-individu yang lain atau bahan-bahan di dalam persekitaran dengan tujuan mempengaruhi satu sama lain. 

MAKSUD PEMBELAJARAN?

Pembelajaran ialah proses seseorang pelajar memperolehi sesuatu kefahaman dan mengubah kefahaman atau konsep tertentu yang telah dipelajainya. Pembelajaran disekolah sebenarnya mencakupi pelbagai pihak seperti guru, pelajar dan ibu bapa. Oleh itu, interaksi dalam pembelajaran boleh disimpulkan sebagai suatu bentuk komunikasi yang berlaku dalam pengurusan proses belajar yang ruang lingkupnya adalah terdiri daripada sekolah.

JENIS-JENIS INTERAKSI

Terdapat beberapa jenis interaksi dalam pembelajaran. Antaranya ialah:


J




Interaksi sehala
·  Berkait rapat dengan pendekatan/teknik/kaedah/strategi yang digunakan oleh guru di dalam pengajarannya.  Contoh: Jika guru mengamalkan pendekatan berpusatkan guru, kaedah kelas, kaedah syarahan, kaedah bercerita atau kaedah demonstrasi, interaksi dalam bilik darjah akan menjadi sehala kerana guru yang mengawal segala aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di dalam bilik darjah.
·       Ciri-ciri interaksi sehala:

I.                 Corak interaksi bilik darjah ditentukan oleh guru kelas.
II.               Tiada interaksi yang berlaku antara murid dengan murid.
III.             Murid-murid tidak terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara aktif.


Interaksi dua hala 
·   Guru menggunakan pendekatan yang berlainan seperti perbincangan atau kaedah induktif, interaksi yang berlaku di dalam bilik darjah bertukar menjadi dua hala.
·    Ciri-ciri interaksi dua hala:

I.                    Aktiviti pengajaran dan pembelajaran bercorak aktif.
II.           Perhubungan guru dengan murid menjadi rapat akibat komunikasi terbuka di dalam   bilik darjah.
III.    Menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menyoal dan meminta pendapat mereka.


Interaksi dua hala di antara murid-murid
·  Guru menggunakan pendekatan kumpulan, kaedah projek, kaedah bermain, lakonan, sumbangsaran dan sosio grama sebagai aktiviti-aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran, interaksi antara murid-murid dapat memikirkan dengan lebih banyak lagi
·      Ciri-ciri interaksi dua hala di antara murid dengan murid

I.                  Aktiviti pembelajaran menjadi aktif dan dinamik.
II.               Perhubungan antara murid dengan murid dieratkan.
III.            Interaksi guru dengan murid dihadkan kepada mengikut arahan guru sahaja.
IV.             Pembelajaran koperatif dan kolaboratif menjadi tumpuan guru.

Interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid

·   Guru menggunakan kaedah-kaedah dan teknik pengajaran seperti simulasi, main peranan, pendekatan kumpulan, kaedah perbincangan, uji kaji, kaedah penyelesaian masalah dan kaedah perbincangan, ia akan menggalakkan interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid-murid lain di dalam bilik darjah.
·   Ciri-ciri penting:

I.           Komunikasi berkesan yang berlaku di antara guru dengan murid dan murid dengan  murid.
II.                  Penyertaan aktif murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
III.               Suasana yang kondusif untuk mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran.


CARA MEMBENTUK INTERAKSI YANG SIHAT DALAM PEMBELAJARAN
  • ·      Perlunya diterapkan sikap demokratik didalam proses pembelajaran dimana setiap orang berhak untuk mengutarakan pendapat mereka dan perbincangan secara sihat boleh dilaksanakan.
  • ·      Antara cara untuk membantu membentuk dan meningkatkan interaksi didalam kelas dapat kita mulakan dengan sikap seseorang guru itu dimana guru perlu bersikap adil dengan semua muridnya tanpa ada sikap berat sebelah atau pilih kasih.
  • ·         Guru juga perlu yakin dalam setiap penyampaiannya serta professional dalam melaksanakan tugasnya sebagai pendidik
  • ·         Seterusnya guru perlu bertoleransi dengan murid-murid bagi membantu mereka dengan lebih berkesan
KEPENTINGAN INTERAKSI DALAM PEMBELAJARAN
  •   Interaksi mampu mengeratkan perhubungan guru dengan murid-murid dalabilik darjah. Perhubungan guru dan murid-muridnya ang mesra adalah syarat penting bagi guru menyampaikan pelajaran dengan berkesan
  • Interaksi dalam pengajran dan pembelajaran adalah penting kerana interaksi merupakan proses utama agi guru menyampaikan ilmu pengetahuan kepada muridnya.
  • Melalui interaksi juga  guru dapat melaksanakan racangan mengajarnya mengikut objektif pelajar yang ditentukan.
  •  Melalui interaksi dengan bahan pelajaran, guru dapat menyampaikan pelajarannya dengan berkesan. Pertukaran maklumat atau idea di antara guru dengan murid memerlukan interaksi dua hala

RUMUSAN

Bagi mewujudkan interaksi yang berkesan komunikasi yang baik juga perlu dititikberatkan. Bercakap tentang komunikasi yang merupakan perkara yang sememangnya amat dekat dengan interaksi dimana ia merupakan proses untuk kita bertutur atau menyampaikan sesuatu kepada orang lain. Justeru itu kita perlu  menjaga komunikasi kita dengan orang lain supaya semua orang lain lebih mudah untuk berinteraksi dengan kita.



No comments:

Post a Comment

TOPIK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN.

DEFINISI PENGURUSAN ~  Pengurusan bermaksud satu proses untuk mendapatkan penyertaan dan kerjasama dari semua ahli untuk mencapai matla...