DEFINISI PENGURUSAN SUMBER
- Pengurusan sumber bermaksud bagaimana manusia mengorganisasikan sumber yang ada melalui proses merancang, memimpin dan mengawal untuk mencapai sesuatu matlamat. Dari aspek pembelajaran berasaskan sumber pula, kemahiran mengurus sumber adalah sangat penting bagi menjelaskan fakta, membuktikan kesahihan sesuatu fakta dan menyatakan kebenaran agar tidak tersasar dari maksud sebenar maklumat tersebut. Pusat sumber pula ialah tempat,perkhidmatan,koleksi bahan untuk pemebelajaran dan juga agen rujukan para pelajar dan guru.
FUNGSI PENGURUSAN SUMBER
- Pusat profesional > Contohnya: aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pusat sumber dalam meningkatkan iktisas keguruan dalam aspek kerja berkumpulan.
- Pusat perkembangan idea dan kreativiti > Contohnya: mengadakan satu pertandingan nilam dan sebgainya untuk para pelajar.
- Mengisi masa lapang > Contohnya: para pelajar dapat berkumpul disitu pada waktu rehat atau waktu lapang mereka jika pusat sumber tersebut menyediakan kemudahan ict atau sebagainya dalam memberi maklumat pelajaran.
- Pusat kegiatan belajar dan mengajar > Contohnya: para pelajar dan guru akan menjadikan pusat sumber sebagai medium pelajaran.
KONSEP PEMBELAJARAN BERASASKAN SUMBER
KITA DENGAR DAN KITA TAHU
- Keadaan ini dapat dilihat dalam situasi di dalam kelas sebenar dimana apabila guru memberi penerangan dan kita fokus mendengar apa yang dikongsikan oleh guru maka kita akan dapat apa yang di kongsikan.
KITA LIHAT DAN KITA FAHAM
- jika kita teliti tentang sesuatu perkara barulah kita akan fahami perkara tersebut
KITA BUAT DAN KITA INGAT
- Keadaan ini dapat kita lihat dari latihan yang sering di arahkan oleh guru setelah mempelajari sesuatu bab. Hal ini bertujuan unuk memberi pengukuhan dan membantu pelajar supaya lebih memahami apa yang diajar oleh guru.
KEMAHIRAN AKSES SUMBER PEMBELAJARAN
- Pembelajaran yang berasaskan sumber ini banyak bergantung kepada keupayaan seorang murid untuk mendapatkan sesuatu maklumat dengan lebih tepat. Hal ini menyebabkan murid-murid harus memiliki kemahiran dalam mengakses sumber pembelajaran. Terdapat tujuh kemahiran yang telah digariskan agar dapat mencapai matlamat pembelajaran berasaskan sumber. Antaranya adalah, kemahiran mengesan, kemahiran untuk menganalisis dan menilai informasi dari pelbagai sumber, kemahiran menginterpretasi bahan-bahan dari sumber, kemahiran menggunakan teknologi, kemahiran membuat tinjauan atau temuduga, kemahiran merujuk, dan kemahiran mengaplikasi data.
RUMUSAN
- Secara rumusnya, pengurusan sumber ini banyak membantu murid-murid untuk mendapatkan data atau maklumat tentang sesuatu perkara dengan tepat dan cepat. Oleh yang demikian, guru-guru haruslah berusaha untuk memperkembangkan lagi ilmu Pengurusan sumber dalam dari semasa ke semasa bagi meningkatkan prestasi murid.
No comments:
Post a Comment