Thursday, April 25, 2019

TOPIK 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU.


APA ITU TINGKAH LAKU??

  • Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga berkaitan dengan semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu.
APA ITU PENGURUSAN TINGKAH LAKU??

  • Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku kawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif. Dalam proses modifikasi tingkah laku, guru mesti mengikut langkah-langkah yang berikut, antaranya membuat pemerhatian awal dan penilaian terhadap sesuatu tingkah laku bermasalah, mengenal pasti,dan menetapkan matlamat tingkah laku yang diingini, menunjukkan tingkah laku yang betul serta memberikan ganjaran untuk tingkah laku yang positif secara konsisten. Manakala tingkah laku negatif pula, guru perlu membuat pemantauan dan penilaian serta menyimpan rekod salah laku murid sebagai bahan rujukan guru.
PERATURAN DAN DISIPLIN MURID


a) Disiplin
- Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di sekolah bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik demi kesempurnaan kehidupan.

b) Pengurusan Disiplin
- Merupakan alat untuk mempertahankan hak individu yang hidup dalam satu kelompok masyarakat. Perkara ini penting dan perlu diperhatikan terutama isu berkaitan dakwaan mahkamah. Mengandungi dokumen undang-undang. Contohnya ialah Akta Pendidikan, Surat Pekeliling.


JENIS-JENIS DISPLIN DI SEKOLAH

1. DISPLIN ARAHAN GURU
- Sebagai seorang guru  kita perlu mewujudkan struktur serta mewajibkan pelajar mematuhi peraturan supaya murid-murid berada di bawah  kawalan dan mematuhi segala arahan daripada guru demi keselamatan dan kestabilan timbul daripada struktur yang dibentuk.

2. DISPLIN ARAHAN KERJA
-  Disiplin ini diwujudkan oleh tugasan yang perlu disiapkan yang berlandaskan motivasi positif dan seseorang itu menganggap kerja itu sangat penting.

3. DISIPLIN ARAHAN KUMPULAN
- Disiplin ini diwujudkan oleh pengaruh rakan sebaya dan juga merupakan kawalan daripada rakan sebaya yang mematuhi norma atau nilai kumpulan.

4. DISPLIN ARAHAN DIRI
- Disiplin ini wujud akibat motivasi diri yang tinggi dan ia merupakan kelayakkan penting untuk mendapat kebebasan dan seharusnya berupaya untuk membuat kompromi dengan harapan masyarakat.

RUMUSAN 
  • Secara rumusnya, pengurusan tingkah laku ini sangat penting dalam mendidik murid-murid menjadi masyarakat yang berdisiplin di sekolah mahupun dimana-mana sahaja. Sebagai seorang guru,kita juga mestilah bijak dalam mencorak anak didiknya agar mereka tidak berasa tersisih dan melakukan salah laku. Pelajar memerlukan perhatian yang sama rata daripada guru dan hal ini haruslah dilaksanakan oleh guru tanpa ada unsur pilih kasih.

No comments:

Post a Comment

TOPIK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN.

DEFINISI PENGURUSAN ~  Pengurusan bermaksud satu proses untuk mendapatkan penyertaan dan kerjasama dari semua ahli untuk mencapai matla...