MAKSUD ORGANISASI
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, organisasi bermaksud kesatuan yang terdiri daripada beberapa bahagian dalam sesebuah pertubuhan. Manakala kepimpinan adalah keupayaan seseorang untuk memimpin sesebuah persatuan melalui teladan. Kepimpinan pengajaran pula adalah segala tindakan yang wajar dilakukan bagi memperkembangkan potensi dan menarik minat setiap pelajar.
CARTA ORGANISASI SEKOLAH
MAKSUD KEPIMPINAN
Kepimpinan mendefinisikan bahawa kepimpinan bilik darjah sebagai satu kemahiran di mana guru menggunakan kepimpinan tersebut untuk menguruskan dirinya sendiri dan berkomunikasi dengan yang lain, mengaitkan perkara yang berlaku sehari-hari dengan interaksi antara dua pihak dengan menyampaikan visi kepada murid-murid dan meyakinkan mereka supaya mengikutnya.
JENIS GAYA KEPIMPINAN DI SEKOLAH
- Kepimpinan autokratik- kepimpinan yang bersifat seorang pemimpin yang mementingkan pelaksanaan tugas.
- Kepimpinan demokratik- kepimpinan yang berdasarkan pemimpin yang menggalakkan ahlinya melibatkan diri dalam sesebuah organisasi.
- Kepimpinan laissez-faire- Pemimpin yang tidak begitu berminat dengan urusan yang diamanahkan kepadanya. Pemimpin jenis ini akan membiarkan semua keputusan dibuat oleh orang bawahannya.
- Kepimpinan kontigensi- kepimpinan yang berpandukan kepada sesebuah situasi yang sedang dihadapi.
RUMUSAN
Secara keseluruhannya dalam bab ini kita dapat mempelajari tentang maksud kepimpinan dan organisasi dan seterusnya dapat mengetahui apakah jenis gaya yang digunakan oleh seorang pemimpin terhadap kepimpinannya dalam sesebuah organisasi.
No comments:
Post a Comment