DEFINISI PENGURUSAN ~
- Pengurusan bermaksud satu proses untuk mendapatkan penyertaan dan kerjasama dari semua ahli untuk mencapai matlamat kumpulan . Alam pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan dari tidak tahu kepada tahu. Pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian, dan memberikan maklumbalas.
PERSEDIAN KETIKA MENGAJAR ~
- Antara perkara yang perlu dittikberatkan sebelum masuk ke dalam kelas mestilah ilmu, peralatan, ruang dan persediaan untuk mengajar di dalam kelas. Sebelum guru masuk ke kelas mereka mestilah memastikan bahawa mereka mempunyai persediaan untuk mengawal pelajar didalam kelas. Suasana belajar yang selesa akan dapat merangsang pembelajaran murid. Susun atur kelas akan memberikan kesan kepada murid-murid. Sebagai contoh, meja dan kerusi yang disusun mengikut kumpulan akan dapat memudahkan murid-murid untuk berinteraksi sesama mereka. Kaedah penyusunan kelas seperti ini akan dapat menarik minat murid untuk belajar kerana mereka dapat berkomunikasi dan berbincang dengan mudah.
- Selain itu, guru-guru perlu memainkan peranan dalam pengurusan alam pembelajaran. Sebagai contoh, emosi seorang guru perlulah dikawal agar tidak mengganggu suasana belajar. Guru yang sedang marah semasa mengajar akan menyebabkan murid-murid berasa tidak selesa untuk belajar dan dalam masa yang sama akan menyebabkan perasaan murid turut terganggu. Bukan itu sahaja, guru juga perlu menggunakan ayat yang lembut dan sopan serta menegur murid dengan cara yang berhemah.
- Seterusnya adalah buku rekod mengajar. Sebelum aktiviti di dalam kelas dijalankan guru mestilah merekod di dalam buku rekod . Setiap guru mestilah merekod dan menulis segala aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Selain itu, guru juga mesti merekod segala masalah dan kebaikan yang berjaya dilaksanakan didalam kelas.
- Akhir sekali, perlaksanaan P&P di dalam kelas mestilah mempunyaitiga elemen penting. Antaranya adalah set induksi, penyampaian isi dan penutup. Terdapat beberapa perkara yang penting dalam set induksi, antaranya adalah guru perlu merancang permulaan pengajaran yang baik yang dapat menarik perhatian dan minat murid. Guru juga perlu mengaitkan pelajaran yang lepas atau dengan pengetahuan sedia ada murid. Selepas itu, penyampaian isi. Guru menyampaikan isi kandungan sebenar kepada murid. Guru perlu merancang beberapa langkah yang berurutan, disusun dengan baik dengan mencatat anggaran masa (tempoh) yang sesuai.Akhir sekali, adalah penutup. Penutup boleh dilakukan melalui suatu rumusan atau kesimpulan. Guru haruslah memberikan satu kesimpulan atau rumusan mengikut subjek yang diajar pada masa itu.RUMUSAN ~
- Kesimpulannya, pengurusan alam pembelajaran ini merupakan salah satu perkara yang perlu dititiberatkan oleh semua guru agar dapat memupuk minat murid untuk belajar. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat berjalan dengan lancar sekaligus dapat meningkatkan pencapaian para pelajar. Kita perlulah membuat persediaan sebaik mungkin serta memahami apa tanggugjawab kita yang sebenar sebagai seorang guru serta perlu menjadi seorang guru yang cekap dalam menjalankan tugasnya.
No comments:
Post a Comment