MAKSUD PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA
- Pengurusan murid pelbagai upaya ini merujuk kepada pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada dari segi mental atau fizikal dan lebih terarah kepada program pendidikan khas. Dalam erti kata lain, pengurusan pembelajaran ini memfokuskan murid yang berkeperluan khas atau lebih dikenali sebagai pelajar yang kurang upaya (OKU). Secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan kahas yang dijalankan ke atas pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau mental. Pendidikan khas juga merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai target yang sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana.
PEMULIHAN
- Pemulihan bermaksud perbuatan untuk memulihkan sesuatu benda ke arah yang lebih baik. Pembelajaran pemulihan bermaksud memperbaiki sesuatu kekurangan. Pemulihan juga merupakan lanngkah-langkah khas yang diusahakan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Pelajar yang dikesan mempunyai masalah tersebut perlulah diberikan bantuan agar mereka dapat mengusai kemahiran 3M tersebut. Pelaksanaan program pemulihan ini bermatlamat untuk menghakis jurang perbezaan terutamanya pencapaian murid dalam sesuatu aktiviti. Sekiranya matlamat ini dapat dicapai, golongan pelbagai upaya ini tidak merasa diri mereka disisihkan dan mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang lebih baik dalam kelas.
PENGGAYAAN
- Pengayaan ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam waktu sekolah atau di luar kawasan sekolah. Aktiviti penggayaan disediakan untuk semua murid di dalam kelas, sama ada di peringkat sekolah rendah atau menengah dan sama ada kumpulan cerdas atau sederhana cerdas. Dalam kajian terhadap pengurusan murid pelbagai upaya ini, pengayaan merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran untuk menambahkan pengetahuan dan memperluaskan pengalaman mereka. Terdapat dua jenis penggayaan iaitu penggayaan mendatar dan penggayaan menegak. Ia juga dapat melibatkan pelajar secara langsung dan juga guru secara tidak langsung.
- Pengayaan mendatar merupakan aktiviti pengayaan berdasarkan kepada tahap pencapaian murid. Murid-murid dalam kumpulan akan diberi aktiviti pengayaan yang lebih mudah dan kurang mencabar daripada aktiviti yang diberi kepada kumpulan sederhana dan cerdas. Manakala pengayaan menegak merupakan aktiviti pengayaan berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja. Aktiviti ini akan dirancang dan dilaksanakan dalam bentuk yang lebih kompleks, mencabar dan dalam peringkat yang lebih tinggi daripada taraf pencapaian murid darjah biasa. Ia juga dapat melibatkan pelajar secara langsung dan juga guru secara tidak langsung. Selain itu, murid boleh belajar bergerak sendiri dengan dorongan guru yang membantu mereka.
PELBAGAIAN KECERDASAN
- Teori kecerdasan pelbagai antaranya adalah kecerdasan logik-matematik, kecerdasan verbal-linguistik, kecerdasan muzik, kecerdasan kinestatik badan dan pelbagai lagi. Sebenarnya murid pelbagai upayaini tidak hanya tertumpu kepada satu kecerdasan. Mereka mempunyai kecerdassan yang berbeza bergantung kepada diri masing- masing. Mereka boleh dicampurkan sekali Cuma guru perlu lebih perhatian terhadap golongan ini.
- KECERDASAN LOGIK-MATEMATIK- merujuk kepada pelajar yang mempunyai kelebihan dalam matematik serta mampu untuk berfikir secara heuristic, induktif dan deduktif, membuat inferens, generalisasi, perhitungan dn pengujian hipotesis
- KECERDASAN VERBAL-LINGUISTIK- merujuk kepada golongan yang mempunyai kosa kata yang tingggi serta mampu memanipulasi ayat serta memahami bahasa kompleks selain lebih sensitive dan peka terhadap sesuatu perkataan.
- KECERDASAN MUZIK- merujuk kepada golongan yang mempunyai kelebihan dalam muzik dari aspek minat serta mampu meluahkan perasaan melalui muzik. merka ini juga peka terhadap bunyi nonverbal iaitu bunyian daripada alam semulajadi seperti binatang dan sebagainya.
- KECERDASAN KINESTETIK BADAN- mempunyai kelebihan dalam menggunakan anggota badan.
- KECERDASAN INTERPERSONAL- golongan yang mampu berkomunikasi dengan sangat baik dimana mereka boleh memahami dan membezakan perasaan, keinginan hati, hasrat dan tabiat orang lain.
RUMUSAN
- Guru perlu membantu mengatasi masalah tingkah laku yang tidak normal sebelum mampu mengajar mereka sebarang mata pelajaran akademik. Manakala murid tidak mengalami sebarang masalah biologikal malah lebih tertumpu pada masalah kognitif sahaja. Dengan kaedah, strategi dan teknik pengajaran yang telah dikuasai oleh guru yang profesional, pembelajaran dapat ditingkatkan. Masa depan murid-murid yang kurang upaya dalam pembelajaran ini perlu bantuan dari pelbagai pihak.
No comments:
Post a Comment