APA ITU SOSIOLOGI?
Sosiologi merupakan kajian saintifik berkaitan dengan tingkah laku sosial manusia. Tujuan sosiologi diwujudkan adalah untuk menyelidik, mengetahui dan memahami struktur asas masyarakat manusia,faktor-faktor yang menyatukan dan melemahkan kumpulan dan untuk mempelajari keadaan-keadaan yang mengubah kehidupan masyarakat.
PERSPEKTIF SOSIOLOGI?
Sosiologi terbahagi kepada dua bahagian iaitu mikro dan makro. Mikro hanya menfokuskan kelompok yang kecil atau yang hanya memberi kesan kepada seseorang individu manakala makro pula hanya menfokuskan kepada kelompok yang besar, masyarakat atau organisasi kerana ianya mampu menjejaskan persekitarannya.
ANTARA TOKOH-TOKOH SOSIOLOGI :
↦ Ibnu Khaldun (1332-1406)
↦Auguste Comte (1798-1857)
↦Karl Marx (1818-1883)
↦ Emile Durkheim (1858-1917)
↦Max Weber (1864-1920)
↦George Herbert Mead (1863-1931)
PENDIDIKAN
1. Pendidikan dilihat sebagai satu proses sosialisasi, iaitu bagaimana ahli masyarakat, terutama generasi muda, diajar dan diasuh secara formal atau tidak formal untuk menerima pengetahuan, kemahiran, norma dan nilai sosial, kedudukan dan peranan masing –masing dalam konteks sesuatu masyarakat itu.
2. Pendidikan juga dilihat sebagai proses ‘pemilihan’ (selection) yang menentukan kedudukan atau status seseorang dalam susun lapis sosio-ekonomi masyarakat itu: lebih tinggi pendidikan seseorang lebih tinggi statusnya dalam masyarakat.
SOSIOLOGI DAN PENDIDIKAN
• Sosiologi melibatkan manusia oleh itu skop kajian adalah sangat meluas
• Pendidikan dikelilingi dengan unsur kemanusiaan dan pendidik harus tahu peranan mereka dalam dunia sosial
• Justeru, pendidik perlu tahu tentang sosiologi kerana mereka berkhidmat di dunia pendidikan yang dikelilingi masyarakat
RUMUSAN
Secara rumusnya pada saya apa yang saya petolehi semasa mempelajari topik ini adalah kita dapat mengetahui bagaimana sosiologi dapat meberi kesan dalam pembelajaran seseorang. Masyarakat sangat berkait rapat dengan sosiologi. Oleh itu, pendidikan & sosiologi adalah suatu perkara yang sangat berkait rapat antara satu sama lain. Fenomena-fenomena yang berlaku dalam dunia pendidikan termasuk sekolah perlu dianalisis dalam perspektif sosiologi.
No comments:
Post a Comment