Thursday, April 25, 2019

TOPIK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN.

DEFINISI PENGURUSAN
  • Pengurusan bermaksud satu proses untuk mendapatkan penyertaan dan kerjasama dari semua ahli untuk mencapai matlamat kumpulan . Alam pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan dari tidak tahu kepada tahu. Pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian, dan memberikan maklumbalas.

PERSEDIAN KETIKA MENGAJAR ~ 
  • Antara perkara yang perlu dittikberatkan sebelum masuk ke dalam kelas mestilah ilmu, peralatan, ruang dan  persediaan untuk mengajar di dalam kelas. Sebelum guru masuk ke kelas mereka mestilah memastikan bahawa mereka mempunyai persediaan untuk mengawal pelajar didalam kelas. Suasana belajar yang selesa akan dapat merangsang pembelajaran murid. Susun atur kelas akan memberikan kesan kepada murid-murid. Sebagai contoh, meja dan kerusi yang disusun mengikut kumpulan akan dapat memudahkan murid-murid untuk berinteraksi sesama mereka. Kaedah penyusunan kelas seperti ini akan dapat menarik minat murid untuk belajar kerana mereka dapat berkomunikasi dan berbincang dengan mudah.
  • Selain itu, guru-guru perlu memainkan peranan dalam pengurusan alam pembelajaran. Sebagai contoh, emosi seorang guru perlulah dikawal agar tidak mengganggu suasana belajar. Guru yang sedang marah semasa mengajar akan menyebabkan murid-murid berasa tidak selesa untuk belajar dan dalam masa yang sama akan menyebabkan perasaan murid turut terganggu. Bukan itu sahaja, guru juga perlu menggunakan ayat yang lembut dan sopan serta menegur murid dengan cara yang berhemah.
  • Seterusnya adalah buku rekod mengajar. Sebelum aktiviti di dalam kelas dijalankan guru mestilah merekod di dalam buku rekod . Setiap guru mestilah merekod dan menulis segala aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Selain itu, guru juga mesti merekod segala masalah dan kebaikan yang berjaya dilaksanakan didalam kelas.
  • Akhir sekali, perlaksanaan P&P di dalam kelas mestilah mempunyaitiga elemen penting. Antaranya adalah set induksi, penyampaian isi dan penutup. Terdapat beberapa perkara yang penting dalam set induksi, antaranya adalah guru perlu merancang permulaan pengajaran yang baik yang dapat menarik perhatian dan minat murid. Guru juga  perlu mengaitkan pelajaran yang lepas atau dengan pengetahuan sedia ada murid. Selepas itu, penyampaian isi. Guru menyampaikan isi kandungan sebenar kepada murid. Guru perlu merancang beberapa langkah yang berurutan, disusun dengan baik dengan mencatat anggaran masa (tempoh) yang sesuai. 
    Akhir sekali, adalah penutup. Penutup boleh dilakukan melalui suatu rumusan atau kesimpulan. Guru haruslah memberikan satu kesimpulan atau rumusan mengikut subjek yang diajar pada masa itu.

    RUMUSAN ~
  • Kesimpulannya, pengurusan alam pembelajaran ini merupakan salah satu perkara yang perlu dititiberatkan oleh semua guru agar dapat memupuk minat murid untuk belajar. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat berjalan dengan lancar sekaligus dapat meningkatkan pencapaian para pelajar. Kita perlulah membuat persediaan sebaik mungkin serta memahami apa tanggugjawab kita yang sebenar sebagai seorang guru serta perlu menjadi seorang guru yang cekap dalam menjalankan tugasnya.

TOPIK 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN.

MAKSUD DAN PERSEKITARAN SEKOLAH > Sekolah didefinisikan sebagai pusat penyebaran ilmu dan pengetahuan manakala persekitaran membawa maksud kawasan di sesuatu tempat. Oleh itu, persekitaran sekolah bermaksud kawasan disekeliling sesuatu tempat di mana masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah. Persekitaran sekolah pula merujuk kepada kawasan sekeliling sesuatu tempat yang membawa masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah. Sekolah berfungsi untuk mencapai objektif dan matlamat sosial bagi melahirkan manusia yang cemerlang dari segi keilmuan tetapi juga membentuk manusia yang bersahsiah baik serta memahami tanggungjawabnya selari dengan falsafah Pendidikan kebangsaan.



HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN MASYARAKAT

Image result for HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN IBU BAPA
ISU-ISU PENDIDIKAN SEMASA 
  1. masalah buku teks, prasarana tidak lengkap, pembayaran yuran dan pembelian buku kerja tambahan yang dianggap membebankan ibu bapa
  2.  sikap ibu bapa yang menyerahkan tugas mendidik sepenuhnya kepada guru
  3.  apabila anak mereka terlibat dengan gejala sosial, ibu bapa dengan mudah menunding jari kearah guru dan pihak sekolah
  4.  ibu bapa yang cepat melatah dan mengambil tindakan guaman apabila pihak sekolah mengambil tindakan disiplin terhadap anak-anak mereka.
RUMUSAN
  • Rumusannya, sekolah dan persekitarannya merupakan aspek yang sangat penting dalam membantu pelajar untuk lebih fokus dalam pelajaran. Hubungan antara sekolah dan masyarakat serta hubungan antara guru dan ibu bapa pula dapat membantu mencapai matlamat sekolah malah pelajar juga turut mendapat faedah yang sangat berguna iaitu peningkatan daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Hubungan yang terjalin di antara sekolah dengan masyarakat, ibu bapa dan guru sesungguhnya dapat memberikan manfaat kepada sekolah itu sendiri. Kewujudan hubungan ini akan dapat menjalinkan kerjasama yang baik di antara setiap individu untuk kebaikan bersama. 

TOPIK 12: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA.

MAKSUD PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA
  • Pengurusan murid pelbagai upaya ini merujuk kepada pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada dari segi mental atau fizikal dan lebih terarah kepada program pendidikan khas. Dalam erti kata lain, pengurusan pembelajaran ini memfokuskan murid yang berkeperluan khas atau lebih dikenali sebagai pelajar yang kurang upaya (OKU). Secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan kahas yang dijalankan ke atas pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau mental. Pendidikan khas juga merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai target yang sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana.
PEMULIHAN
  • Pemulihan bermaksud perbuatan untuk memulihkan sesuatu benda ke arah yang lebih baik. Pembelajaran pemulihan bermaksud memperbaiki sesuatu kekurangan. Pemulihan juga merupakan lanngkah-langkah khas yang diusahakan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Pelajar yang dikesan mempunyai masalah tersebut perlulah diberikan bantuan agar mereka dapat mengusai kemahiran 3M tersebut. Pelaksanaan program pemulihan ini bermatlamat untuk menghakis jurang perbezaan terutamanya pencapaian murid dalam sesuatu aktiviti. Sekiranya matlamat ini dapat dicapai, golongan pelbagai upaya ini tidak merasa diri mereka disisihkan dan mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang lebih baik dalam kelas.
PENGGAYAAN

  • Pengayaan ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam waktu sekolah atau di luar kawasan sekolah. Aktiviti penggayaan disediakan untuk semua murid di dalam kelas, sama ada di peringkat sekolah rendah atau menengah dan sama ada kumpulan cerdas atau sederhana cerdas. Dalam kajian terhadap pengurusan murid pelbagai upaya ini, pengayaan merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran untuk menambahkan pengetahuan dan memperluaskan pengalaman mereka. Terdapat dua jenis penggayaan iaitu penggayaan mendatar dan penggayaan menegak. Ia juga dapat melibatkan pelajar secara langsung dan juga guru secara tidak langsung. 
  • Pengayaan mendatar merupakan aktiviti pengayaan berdasarkan kepada tahap pencapaian murid. Murid-murid dalam kumpulan akan diberi aktiviti pengayaan yang lebih mudah dan kurang mencabar daripada aktiviti yang diberi kepada kumpulan sederhana dan cerdas. Manakala pengayaan menegak merupakan aktiviti pengayaan berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja. Aktiviti ini akan dirancang dan dilaksanakan dalam bentuk yang lebih kompleks, mencabar dan dalam peringkat yang lebih tinggi daripada taraf pencapaian murid darjah biasa. Ia juga dapat melibatkan pelajar secara langsung dan juga guru secara tidak langsung. Selain itu, murid boleh belajar bergerak sendiri dengan dorongan guru yang membantu mereka. 
PELBAGAIAN KECERDASAN
  • Teori kecerdasan pelbagai antaranya adalah kecerdasan logik-matematik, kecerdasan verbal-linguistik, kecerdasan muzik, kecerdasan kinestatik badan dan pelbagai lagi. Sebenarnya murid pelbagai upayaini tidak hanya tertumpu kepada satu kecerdasan. Mereka mempunyai kecerdassan yang berbeza bergantung kepada diri masing- masing. Mereka boleh dicampurkan sekali  Cuma guru perlu lebih perhatian terhadap golongan ini.
  1. KECERDASAN LOGIK-MATEMATIK- merujuk kepada pelajar yang mempunyai kelebihan dalam matematik serta mampu untuk berfikir secara heuristic, induktif dan deduktif, membuat inferens, generalisasi, perhitungan dn pengujian hipotesis
  2. KECERDASAN VERBAL-LINGUISTIK- merujuk kepada golongan yang mempunyai kosa kata yang tingggi serta mampu memanipulasi ayat serta memahami bahasa kompleks selain lebih sensitive dan peka terhadap sesuatu perkataan.
  3. KECERDASAN MUZIK- merujuk kepada golongan yang mempunyai kelebihan dalam muzik dari aspek minat serta mampu meluahkan perasaan melalui muzik. merka ini juga peka terhadap bunyi nonverbal iaitu bunyian daripada alam semulajadi seperti binatang dan sebagainya.
  4. KECERDASAN KINESTETIK BADAN- mempunyai kelebihan dalam menggunakan anggota badan.
  5. KECERDASAN INTERPERSONAL- golongan yang mampu berkomunikasi dengan sangat baik dimana mereka boleh memahami dan membezakan perasaan, keinginan hati, hasrat dan tabiat orang lain.
RUMUSAN
  • Guru perlu membantu mengatasi masalah tingkah laku yang tidak normal sebelum mampu mengajar mereka sebarang mata pelajaran akademik. Manakala murid tidak mengalami sebarang masalah biologikal malah lebih tertumpu pada masalah kognitif sahaja. Dengan kaedah, strategi dan teknik pengajaran yang telah dikuasai oleh guru yang profesional, pembelajaran dapat ditingkatkan. Masa depan murid-murid yang kurang upaya dalam pembelajaran ini perlu bantuan dari pelbagai pihak. 

TOPIK 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA.

DEFINISI  BUDAYA
  • Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasil tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosial. Budaya juga merupakan keseluruhan kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk keupayaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli masyarakat. Pelbagai budaya pula dapat didefinisikan  iaitu bermaksud pelbagai bermaksud perihal pelbagai jenis. Ia juga dianggap sebagai satu sistem kepercayaan dan tingkahlaku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan dalam kelompok dalam sesebuah organisasi atau masyarakat. 
KEPELBAGAIAN BUDAYA MURID
 
  • Perbezaan individu dalam konsep pelbagai budaya ini merujuk kepada manusia sememangnya berbeza antara satu sama lain. Guru perlu sedar hakikat ini kerana terdapat guru yang mengajar pelajar seolah-olah semuanya berada paada tahap yang sama tetapi sebaliknya tidak, seperti berkebolehan, kesediaan, motivasi dansebagainya. Semua pelajar adalah berbeza dari segi minat, gaya pembelajaran dan jangka masa yang diperlukan untuk belajar. Banyak perbezaan di kalangan pelajar iaitu dari segi bangsa, agama, taraf keluarga, gender. Pendekatan pendidikan inklusif adalah satu model untuk sekolah-sekolah menangani ciri kepelbagaian di kelas biasa. Pendidikan inklusif bermaksud usaha untuk mengintegrasikan pelajar secara individu.

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA 
  • Pendidikan pelbagai budaya pula terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu tujuan, prinsip dan matlamat. Tujuan pendidikan pelbagai budaya adalah untuk mengajar pelajar mengenali, menerima dan menghargai perbezaan yang wujud kerana budaya, bangsa, kelas sosial, gender, agama, keperluan istimewa(OKU) dan lain-lain lagi. Dari segi prinsip pula, pihak yang terlibat seharusnya memberi penekanan kepada kajian tentang etnik yang meliputi ciri kolompok pelbagai budaya serta sumbangan mereka kepada masyarakat. Seterusnya, matlamat pendidikan pelbagai budaya pula ialah matlamat asas untuk membangunkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dapat berfungsi dalam masyarakat pelbagai budaya supaya dapat diwujudkan “keadilan sosial”. 
  IMPLIKASI DAN CABARAN 
  • Pendidikan adalah satu proses revolusi yang berubahan secara berterusan. Proses ini merupakan satu pengalaman yang mencabar dan membawa tekanan kepada guru. Bagi menghadapi perubahan ke arah menangani kepelbagaian pelajar secara berkesan dan berkualiti maka latihan dan perkembangan staf guru boleh berlaku dalam tiga kaedah. Pertama melalui program perguruan asas/pra perkhidmatan dimana sukatan pelajaran pendidikan guru di maktab dan universiti perlu disemak semula untuk menekankan komponen kepelbagaian pelajar dari pemahaman konsep dan kaedah. Seterusnya, melalui kursus dan perkhidmatan di mana kursus dalam perkhidmatan dilakukan secara berterusan untuk membantu para guru menangani perubahan secara berkesan. Isi kandungan kursus perlu diasaskan kepada kumpulan sasaran serta aspek perubahan, penguasaan kemahiran baru dan peneguhan kemahiran yang sedia ada. Akhir sekali, program pengembangan staf berpusatkan sekolah. Pendekatan ini menggalakkan keseluruhan staf sesebuah sekolah untuk menghadapi dan menyelesaikan isu sebenar dalam konteks kerja yang sebenar.
RUMUSAN 
Rumusannya, guru merupakan pendidik yang sangat penting untuk menjayakan sesebuah pembentukan. Tanpa peranan mereka masalah yang dihadapi tidak dapat diatasi malah sebarang perubahan yang dijalankan tidak dapat dijalankan dengan lancar.

TOPIK 10: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID.


DEFINISI PENASIHATAN MURID.

  • Pengurusan Penasihatan Murid ini secara keseluruhannya  terdiri daripada 3 komponen utama iaitu bimbingan, penasihatan dan mentoring. Pengurusan bermaksud satu proses sosial yang dibentuk dan disusun bagi mewujudkan kerjasama, penyertaan, penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Penasihatan pula ditakrifkan sebagai ajaran, petunjuk yang baik, peringatan, menyusulkan, mengesyorkan ataupun menganjurkan kepada seseorang tentang sesuatu perkara. Mentoring pula membawa maksud proses menolong yang berlaku antara individu yang berpengalaman dalam satu aspek dengan individu yang lebih muda dalam aspek berkenaan bagi mencapai objektif yang telah digariskandan juga merupakan kemudahan yang diberikan kepada pelajar dalam menguruskan kehidupan mereka di sekolah.
PROSES BIMBINGAN DAN PENASIHATAN.

  • Terdapat lima fasa yang berkaitan dengan proses tersebut. Antaranya ialah fasa pertama yang dikenali sebagai fasa kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar. Pihak pengurusan sekolah sepatutnya menerima konsep ini berbanding dengan guru-guru kerana pihak pengurusan memainkan peranan dalam mencorakkan sahsiah seorang pelajar. Penekanan haruslah diberikan kepada guru yang mengajar kerana mereka lebih rapat dan lebih arif mengenai perwatakan, perangai dan cara bergaul pelajar-pelajar mereka berbanding guru yang tidak mengajar. Seterusnya , fasa ke dua pula berkaitan dengan menguasai kemahiran asas bimbingan dan penasihatan. Pada tahap ini, semua guru dibantu dan diterapkan dengan beberapa kemahiran asas bimbingan dan penasihatan melalui pelbagai kaedah seperti menghadiri kursus, seminar dan bengkel khas bagi memberi mereka ilmu serba sedikit tentang bimbingan dan penasihatan bagi membantu peljar-pelajar yang bermasalah di sekolah.

  • Selain itu, fasa yang ketiga ialah fasa yang merupakan proses mengenali pelajar Pada tahap ini, guru-guru dapat mengaplikasi kemahiran-kemahiran asas kaunseling dan boleh mengenal pasti pelajar-pelajar yang memerlukan bimbingan dan penasihatan. Teknik atau kaedah yang digunakan oleh guru adalah untuk tujuan mengumpul maklumat tentang pelajar yang menerima perkhidmatan bimbingan ini. Antara teknik atau kaedah yang boleh digunakan ialah teknik ujian, temubual, soal selidik, teknik sosiometrik dan lain-lain lagi. Seterusnya, fasa yang keempat pula, mengenai proses membimbing pelajar yang secara khususnya pelajar akan dibimbing melalui tiga cara iaitu menjalankan bimbingan secara individu, bimbingan secara kelompok dan juga konsultansi yang melibatkan ibu bapa. Hal ini dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah mereka ataupun sebagai seorang guru kita memberi cadangan bagi pelajar untuk menyelesaika masalah mereka. Akhir sekali, fasa yang kelima ialah analisis penilaian dimana melihat keberkesanaan perhubungan bimbingan dan penasihatan itu sama ada berkesan atau tidak berkesan. Hasil analisis ke atas pelajar dibahagikan kepada dua kategori iaitu berjaya dibimbing atau tidak berjaya dibimbing. Keputusan dari fasa ini akan dijalankan ke dalam fasa berikutnya jika perlu.
RUMUSAN 

  • Disini saya rumuskan, pengurusan penasihatan murid yang terdiri daripada bimbingan, penasihatan dan mentoring merupakan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk mebantu murid-murid dalam aspek pembelajaran dalam kehidupan. Cara pendekatan yang berbeza ke atas setiap murid harus diwujudkan agar mereka menyedari kewujudan pihak lain yang mengambil berat tentang mereka. Sebagai seorang guru, sikap profesional dalam menangani isu dan masalah pelajar sangat diperlukan agar pelajar dapat memberikan kerjasama dalam menyelesaikan masalahnya.

TOPIK 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU.


APA ITU TINGKAH LAKU??

  • Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga berkaitan dengan semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu.
APA ITU PENGURUSAN TINGKAH LAKU??

  • Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku kawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif. Dalam proses modifikasi tingkah laku, guru mesti mengikut langkah-langkah yang berikut, antaranya membuat pemerhatian awal dan penilaian terhadap sesuatu tingkah laku bermasalah, mengenal pasti,dan menetapkan matlamat tingkah laku yang diingini, menunjukkan tingkah laku yang betul serta memberikan ganjaran untuk tingkah laku yang positif secara konsisten. Manakala tingkah laku negatif pula, guru perlu membuat pemantauan dan penilaian serta menyimpan rekod salah laku murid sebagai bahan rujukan guru.
PERATURAN DAN DISIPLIN MURID


a) Disiplin
- Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di sekolah bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik demi kesempurnaan kehidupan.

b) Pengurusan Disiplin
- Merupakan alat untuk mempertahankan hak individu yang hidup dalam satu kelompok masyarakat. Perkara ini penting dan perlu diperhatikan terutama isu berkaitan dakwaan mahkamah. Mengandungi dokumen undang-undang. Contohnya ialah Akta Pendidikan, Surat Pekeliling.


JENIS-JENIS DISPLIN DI SEKOLAH

1. DISPLIN ARAHAN GURU
- Sebagai seorang guru  kita perlu mewujudkan struktur serta mewajibkan pelajar mematuhi peraturan supaya murid-murid berada di bawah  kawalan dan mematuhi segala arahan daripada guru demi keselamatan dan kestabilan timbul daripada struktur yang dibentuk.

2. DISPLIN ARAHAN KERJA
-  Disiplin ini diwujudkan oleh tugasan yang perlu disiapkan yang berlandaskan motivasi positif dan seseorang itu menganggap kerja itu sangat penting.

3. DISIPLIN ARAHAN KUMPULAN
- Disiplin ini diwujudkan oleh pengaruh rakan sebaya dan juga merupakan kawalan daripada rakan sebaya yang mematuhi norma atau nilai kumpulan.

4. DISPLIN ARAHAN DIRI
- Disiplin ini wujud akibat motivasi diri yang tinggi dan ia merupakan kelayakkan penting untuk mendapat kebebasan dan seharusnya berupaya untuk membuat kompromi dengan harapan masyarakat.

RUMUSAN 
  • Secara rumusnya, pengurusan tingkah laku ini sangat penting dalam mendidik murid-murid menjadi masyarakat yang berdisiplin di sekolah mahupun dimana-mana sahaja. Sebagai seorang guru,kita juga mestilah bijak dalam mencorak anak didiknya agar mereka tidak berasa tersisih dan melakukan salah laku. Pelajar memerlukan perhatian yang sama rata daripada guru dan hal ini haruslah dilaksanakan oleh guru tanpa ada unsur pilih kasih.

Wednesday, April 24, 2019

TOPIK 8: STRATEGI PENGURUSAN BILIK DARJAH


UNSUR FIZIKAL BILIK DARJAH
  • Bilik pembelajaran atau bilik darjah  merujuk kepada tempat di sekolah yang dijadikan sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran. Di dalam bilik pembelajaran selalunya akan dilengkapi dengan peralatan atau kemudahan seperti meja belajar murid beserta kerusi dan turut disediakan untuk guru. Di dalam bilik darjah juga dilengkapi dengan papan putih atau papan hitam untuk kegunaan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga berubah-ubah mengikut perkembangan idea pendidikan dari semasa ke semasa.
KONSEP BILIK DARJAH
  • Diklasifikasikan mengikut perbezaan ciri dan fungsinya. Antaranya Bilik Darjah yang terdapat dalam konsepnya ialah:
  1. Bilik Darjah Tradisi : Selalunya pelajar yang mempunyai masalah pendengaran atau penglihatan akan diberikan keutamaan untuk duduk di barisan paling hadapan. Ia juga di susun berpusatkan guru. Aktiviti murid secara berkumpulan jarang dilakukan.
  2. Bilik Darjah KBSR : Susunan kerusi dan meja mengikut kaedah berkumpulan. Strategi pengajaran berpusatkan murid. Banyak interaksi berlaku antara muird dan guru dan menggunakan alat bantuan mengajar. 
  3. Bilik Darjah Mata Pelajaran Khas : Dilengkapi dengan pelbagai jenis alatan. Susunan kerusi dan meja diubahsuai untuk membuat kerja amali. Sudut bilik dilengkapi dengan perabot dan almari untuk menyimpan peralatan. Kemudahan tambahan seperti sinki dan paip air juga disediakan.
  4. Bilik Darjah Terbuka : Merupakan persekitaran untuk aktiviti berkumpulan mahupun aktiviti individu secara serentak. Bilik darjah ini tidak mementingkan kurikulum kerana selalunya murid bebas untuk memilih, merancang dan melaksanakan aktiviti pembelajaran yang diminati. Malah untuk bilik darjah ini ujian dan peperiksaan tidak diutamakan kerana lebih memfokuskan kepada murid bebas memilih kumpulan untuk melakukan aktiviti bersama mahupun melakukan aktiviti projek secara individu.

ASPEK FIZIKAL BILIK DARJAH


1. KEBERSIHAN
  • Persekitaran yang bersih contoh lantai tiadasampah, tingkap tiada habuk dan tong sampah tidak dibiarkan penuh. Pakaian murid jugaperlu bersih dan kemas.
2. KESELAMATAN
  • Mempuyai pelan keselamatan kebakaran Semuaalatan dan bahan di dalam bilik darjah perlu selamat digunakan. Persekitaran bilik darjahtidak mendatangkan bahaya hingga melibatkan kemalangan.
3. PENGGUNAAN KEMUDAHAN
  • Digunakan dengan baik tanpa melakukan pembaziran .Guru juga perlu membuat perancangan yang rapi berkaitan dengan susun atur di bilik darjah. Susunan yang baik seharusnya membolehkan guru memerhati semua pelajarnya dan seterusnya dapat mengendalikan bilik darjah dengan mudah. Ruang yang kerap digunakan sepatutnya tidak mempunyai sebarang bentuk halangan dan mudah dilalui. Pelajar juga perlu berada di dalam kedudukan yang selesa di mana mereka boleh melihat guru ataupun sebarang persembahan pengajaran oleh guru tanpa perlu berpaling ataupun bergerak ke mana-mana. Bahan yang kerap digunakan di dalam bilik darjah seperti buku rujukan dan kad kebenaran keluar bilik darjah sepatutnya ditempatkan di tempat yang mudah diambil apabila diperlukan. Selain daripada itu, perhiasan yang tidak keterlaluan di dalam bilik darjah juga perlu difikirkan oleh guru untuk meningkatkan keceriaan bilik darjah dan seterusnya meningkatkan motivasi dalaman guru dan pelajar untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
STRATEGI PENGURUSAN BILIK DARJAH

  • SAIZ BILIKBagi memastikan keselesaan murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran setiap kelas  telah di tetapkan ukuran dan jumlah murid yang sesuai untuk memberi ruang yang cukup untuk melakukan pergerakan dan menjalankan sebarang aktiviti.
  • SUSUNAN BILIK DARJAHBagi memastikan keselesaan murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran setiap kelas  telah di tetapkan ukuran dan jumlah murid yang sesuai untuk memberi ruang yang cukup untuk melakukan pergerakan dan menjalankan sebarang aktiviti. Penting untuk membuat susunan bilik darjah yang baik kerana ia boleh mempengaruhi faktor psikososial murid dan gaya pengajaran guru. Susunan bilik darjah juga seharusnya memberi kemudahan kepada murid bagi menjalankan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti kumpulan.
RUMUSAN
Rumusannya, susun atur di dalam bilik darjah juga boleh membantu seseorang pelajar untuk menjadi aktif dan bersemangat ketika sesi pembelajaran. Dalam strategi menguruskan bilik darjah, guru merupakan salah satu penggerak dan rujukan kepada pelajar dalam menentukan suasana dan kelancaran pembelajaran yang selesa dan kondusif. 

TOPIK 7: PENGURUSAN SUMBER.


DEFINISI PENGURUSAN SUMBER

  • Pengurusan sumber bermaksud bagaimana manusia mengorganisasikan sumber yang ada melalui proses merancang, memimpin dan mengawal untuk mencapai sesuatu matlamat. Dari aspek pembelajaran berasaskan sumber pula, kemahiran mengurus sumber adalah sangat penting bagi menjelaskan fakta, membuktikan kesahihan sesuatu fakta dan menyatakan kebenaran agar tidak tersasar dari maksud sebenar maklumat tersebut. Pusat sumber pula ialah tempat,perkhidmatan,koleksi bahan untuk pemebelajaran dan juga agen rujukan para pelajar dan guru.


FUNGSI PENGURUSAN SUMBER

  1. Pusat profesional > Contohnya: aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pusat sumber dalam meningkatkan iktisas keguruan dalam aspek kerja berkumpulan.
  2. Pusat perkembangan idea dan kreativiti > Contohnya: mengadakan satu pertandingan nilam dan sebgainya untuk para pelajar.
  3.  Mengisi masa lapang > Contohnya: para pelajar dapat berkumpul disitu pada waktu rehat atau waktu lapang mereka jika pusat sumber tersebut menyediakan kemudahan ict atau sebagainya dalam memberi maklumat pelajaran.
  4.  Pusat kegiatan belajar dan mengajar > Contohnya: para pelajar dan guru akan menjadikan pusat sumber sebagai medium pelajaran.

KONSEP PEMBELAJARAN BERASASKAN SUMBER

KITA DENGAR DAN KITA TAHU

- Keadaan ini  dapat  dilihat dalam situasi di dalam kelas sebenar dimana apabila guru memberi penerangan dan kita fokus mendengar apa yang dikongsikan oleh guru maka kita akan dapat apa yang di kongsikan.

KITA LIHAT DAN KITA FAHAM

- jika kita teliti tentang sesuatu perkara barulah kita akan fahami perkara tersebut

 KITA BUAT DAN KITA INGAT

- Keadaan ini dapat kita lihat dari latihan yang sering di arahkan oleh guru setelah mempelajari sesuatu bab. Hal ini bertujuan unuk memberi pengukuhan dan membantu pelajar supaya lebih memahami apa yang diajar oleh guru.


KEMAHIRAN AKSES SUMBER PEMBELAJARAN
  • Pembelajaran yang berasaskan sumber ini banyak bergantung kepada keupayaan seorang murid untuk mendapatkan sesuatu maklumat dengan lebih tepat. Hal ini menyebabkan murid-murid harus memiliki kemahiran dalam mengakses sumber pembelajaran. Terdapat tujuh kemahiran yang telah digariskan agar dapat mencapai matlamat pembelajaran berasaskan sumber. Antaranya adalah, kemahiran mengesan, kemahiran untuk menganalisis dan menilai informasi dari pelbagai sumber, kemahiran menginterpretasi bahan-bahan dari sumber, kemahiran menggunakan teknologi, kemahiran membuat tinjauan atau temuduga, kemahiran merujuk, dan kemahiran mengaplikasi data.
RUMUSAN 
  • Secara rumusnya, pengurusan sumber ini banyak membantu murid-murid untuk mendapatkan data atau maklumat tentang sesuatu perkara dengan tepat dan cepat. Oleh yang demikian, guru-guru haruslah berusaha untuk memperkembangkan lagi ilmu Pengurusan sumber dalam dari semasa ke semasa bagi meningkatkan prestasi murid.

Monday, April 22, 2019

TOPIK 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH.


PENGURUSAN BILIK DARJAH

Pengurusan bilik darjah adalah satu proses pembentukkan suatu alam pembelajaran serta usaha untuk mengekalkannya dimana iklimnya kondusif untuk pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang ditetapkan tercapai.




CIRI-CIRI PENGURUSAN BILIK DARJAH



MATLAMAT PENGURUSAN BILIK DARJAH



POLA INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH

Interaksi bermaksud pengaruh atau aksi dua hala. Dalam proses ini, seorang individu berinteraksi dengan individu-individu yang lain atau bahan-bahan di dalam persekitaran dengan tujuan mempengaruhi satu sama lain. Di dalam bilik darjah
Terdapat 3 jenis pola interaksi iaitu:
   1. Interaksi sehala -interaksi sehala daripada guru kepada murid.
   2. Interaksi dua hala -interaksi dua hala antara guru dengan murid atau
       murid dengan murid
   3. Interaksi pelbagai hala -interaksi antara guru dengan murid,murid dengan
       murid dan murid dengan guru.

PENGURUSAN DISPLIN DALAM BILIK DARJAH

DEFINISI


Disiplin dalam bilik darjah penting kerana salah satu unsur utama kejayaan dalam proses pembelajaran. Menurut lindgren (1976) menghuraikan bahawa displin membawa maksud hukuman dan kawalan untuk mematuhi tatatertib. Menurut oliva (1956) disiplin merujuk kepada kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada autoriti dan keadaan bilik darjah yang teratur.

PUNCA DISIPLIN

Kebosanan - guru gagal menyediakan aktiviti yang menarik, mencabar dan sesuai dengan tahap pencapaian pelajar.

Pengurusan lemah – penyediaan guru yang lemah seperti bahan bantu visual guru yang bermasalah atau guru tiada pengalaman mengendalikan alat bantu, terlalu banyak halangan yang menganggu kelancaran pelajaran.

Tahap kesukaran – pelajar mengalami kesukaran menyiapkan tugas mungkin kerana terlalu sukar, kurang jelas, dan penggunaan  bahasa yang tidak sesuai serta tempoh masa terlalu

Keliru – pelajar keliru dengan penjelasan guru, guru tidak memberitahu secara jelas dan menerangkan apa yang diinginkan daripada pelajar

Keyakinan – harga kendiri akedemik rendah dimana pelajar akan kurang yakin pada diri sendiri

RUMUSAN

Secara keseluruhannya, setiap guru haruslah mengetahui maksud pengurusan bilik darjah secara mendalam dan cara untuk menguruskannya. Hal ini dapat membina sebuah organisasi yang baik di dalam bilik darjah. Selain itu, guru juga harus bijak memikirkan cara untuk mengatasi masalah displin yang sering berlaku di dalam bilik darjah.











TOPIK 5: PENGURUSAN MURID.


             
DEFINISI??
Menurut Azman B. Hj Adnan (Institut Aminuddin Baki) di dalam Kursus Pengurusan dan Kepimpinan menyatakan bahawa berlandaskan konsep asas pengurusan, pengurusan murid merupakan satu proses mengendalikan sumber-sumber sama ada manusia atau fizikal dengan tujuan  untuk mencapai matlamat dan objektif pada tahap yang memuaskan. Dalam erti kata lain, pengurusan murid merupakan proses-proses yang berkaitan dengan perancangan kerja atau  program bagi murid, pengelolaan murid dan program secara berkesan, pengawalan dan penilaian prestasi murid dan program serta pemilihan cara atau kaedah yang berkesan dalam pengurusan organisasi.


DEFINISI MURID??

Murid atau peserta didik adalah orang yang mempunyai potensi asas, yang perlu dikembangkan melalui pendidikan, baik secara fizikal mahupun mental, baik pendidikan itu di lingkungan keluarga, sekolah maupun dilingkungan masyarakat di mana kanak-kanak tersebut berada.

KONSEP PENGURUSAN MURID??

*   Proses pengurusan murid terdiri daripada beberapa aspek:

      #   Perancangan, Pentadbiran dan Pengawalan atau Pemulihan



   TUJUAN MENGURUS REKOD MURID??


1. Mantapkan sistem pengurusan murid di sekolah
2. Kemaskini profil murid
3. Mengetahui perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku pelajar
4. Meyediakan maklumat lengkap mengenai kemajuan pelajar dalam segala aspek perkembangan potensi (JERI)
5. Sebagai panduan kepada ibu bapa dalam memahami kemajuan dan kebolehan anak mereka.
6. Sebagai panduan kepada pelajar itu sendiri untuk mengetahui potensi diri masing-masing.

RUMUSAN
Sebagai rumusannya, seorang guru itu seharusnya tidak memberikan fokus yang sepenuhnya kepada aktiviti mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran sahaja. Guru tersebut haruslah mengetahui tentang pengurusan murid dan mengaplikasikannya kepada setiap murid. 




TOPIK 4: ORGANISASI DAN KEPIMPINAN



MAKSUD ORGANISASI

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, organisasi bermaksud kesatuan yang terdiri daripada beberapa bahagian dalam sesebuah pertubuhan. Manakala kepimpinan adalah keupayaan seseorang untuk memimpin sesebuah persatuan melalui teladan. Kepimpinan pengajaran pula adalah segala tindakan yang wajar dilakukan bagi memperkembangkan potensi dan menarik minat setiap pelajar.



CARTA ORGANISASI SEKOLAH





MAKSUD KEPIMPINAN

Kepimpinan mendefinisikan bahawa kepimpinan bilik darjah sebagai satu kemahiran di mana guru menggunakan kepimpinan tersebut untuk menguruskan dirinya sendiri dan berkomunikasi dengan yang lain, mengaitkan perkara yang berlaku sehari-hari dengan interaksi antara dua pihak dengan menyampaikan visi kepada murid-murid dan meyakinkan mereka supaya mengikutnya.

JENIS GAYA KEPIMPINAN DI SEKOLAH

  1. Kepimpinan autokratik- kepimpinan yang bersifat seorang pemimpin yang mementingkan pelaksanaan tugas.
  2. Kepimpinan demokratik- kepimpinan yang berdasarkan pemimpin yang menggalakkan ahlinya melibatkan diri dalam sesebuah organisasi.
  3. Kepimpinan laissez-faire- Pemimpin yang tidak begitu berminat dengan urusan yang diamanahkan kepadanya.  Pemimpin jenis ini akan membiarkan semua keputusan dibuat oleh orang bawahannya.
  4. Kepimpinan kontigensi- kepimpinan yang berpandukan kepada sesebuah situasi yang sedang dihadapi.
RUMUSAN

Secara keseluruhannya dalam bab ini kita dapat mempelajari tentang maksud kepimpinan dan organisasi dan seterusnya dapat mengetahui apakah jenis gaya yang digunakan oleh seorang pemimpin terhadap kepimpinannya dalam sesebuah organisasi.


Wednesday, April 17, 2019

TOPIK 3: PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN



DEFINISI PENGURUSAN

·    Pengurusan merupakan sebagai proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi untuk mencapai matlamat organisasi.
·   Pengurusan juga dianggap sebagai proses pengarahan, penyelarasan, dan pengaruh ke atas operasi organisasi untuk mencapai matlamat yang dikehendaki dan prestasi sepenuhnya

PERSPEKTIF PENGURUSAN          ⇒ Bilik darjah
                                                                ⇒ Sekolah

DEFINISI PENGURUSAN BILIK DARJAH

Pengurusan bilik darjah merupakan salah satu usaha atau inisiatif yang perlu dilakukan guru di sekolah bagi memastikan para pelajar  berminat dalam pembelajaran serta membantu para pelajar untuk melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dilakukan didalam kelas. Pengurusan bilik darjah juga bertujuan untuk memastikan proses pembelajaran berlaku dengan lebih efektif.
·         
STRATEGI PENGURUSAN PEMBELAJARAN


      BERPUSATKAN PELAJAR
    
     Membawa maksud pelajar perlu menunjukkan hasil yang mereka perolehi dari sesi pembelajaran dan  pelajar juga digalakkan untuk turut serta dalam setiap aktiviti yang dijalankan bagi mewujudkan pelajar yang seimbang dari segi akademik dan penglibatan.

      BERPUSATKAN BAHAN
        
     Bagi membantu pelajar untuk mudah memahami apa yang diajarkan, guru perlu bijak dalam berfikiran kreatif, kritis dan inovatif supaya pelajar lebih berminat dan bersemangat untuk melakukan aktiviti bersama-sama didalam kelas.

3     BERPUSATKAN GURU

   Sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran guru perlu membuat persediaan yang secukupnya bagi memastikan  pelajar mendapat input yang sepenuhnya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran itu berlangsung. Selain itu, guru yang bagus sememangnya guru yang menjaga kualiti pengajarannya supaya sentiasa memberikan yang terbaik untuk anak didiknya.


DEFINISI PEMBELAJARAN

·    Pembelajaran  bermaksud proses belajar sesuatu perkara yang baru

DEFINISI PENGURUSAN PEMBELAJARAN

·   Pengurusan pembelajaran adalah proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru, menentukan mata pelajaran yang diajar guru mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan agar ianya berjalan sebagaimana yang dirancang. 


PRINSIP PEMBELAJARAN

  1.      KESEDIAAN PEMBELAJARAN
  2.      PENGALAMAN 
  3.      LATIHAN 
  4.     KONDUSIF 
  5.     BERMATLAMAT
  6.      PENGLIBATAN AKTIF  
  7.      PERSEDIAAN AWAL
  8.      MENGKAJI MURID 
  9.      UNSUR DORONGAN
JENIS – JENIS PEMBELAJARAN

·         MEMPROSES MAKLUMAT –  usaha mengenalpasti rangsangan, menamakan rangsangan, mengelaskan serta membina konsep dan prinsip.

·         MENGGUNAKAN PENGALAMAN – melibatkan pembelajaran membina kebiasaan, membina kemahiran dan menyelesaikan masalah.                                                                                                                                                                                                                                                                       RUMUSAN

Bagi memastikan setiap gerak kerja dalam proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan lancar aspek yang berkait rapat perlu memainkan peranan yang penting supaya setiap pelajar dapat menerima input yang sebaik mungkin. Bermula dari pengurusan disekolah sehinggalah memastikan setiap pelajar bersedia untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing. 

Sunday, April 7, 2019

TOPIK 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN




MAKSUD INTERAKSI?

Interaksi bermaksud pengaruh atau aksi dua hala. Dalam proses ini, seorang individu berinteraksi dengan individu-individu yang lain atau bahan-bahan di dalam persekitaran dengan tujuan mempengaruhi satu sama lain. 

MAKSUD PEMBELAJARAN?

Pembelajaran ialah proses seseorang pelajar memperolehi sesuatu kefahaman dan mengubah kefahaman atau konsep tertentu yang telah dipelajainya. Pembelajaran disekolah sebenarnya mencakupi pelbagai pihak seperti guru, pelajar dan ibu bapa. Oleh itu, interaksi dalam pembelajaran boleh disimpulkan sebagai suatu bentuk komunikasi yang berlaku dalam pengurusan proses belajar yang ruang lingkupnya adalah terdiri daripada sekolah.

JENIS-JENIS INTERAKSI

Terdapat beberapa jenis interaksi dalam pembelajaran. Antaranya ialah:


J




Interaksi sehala
·  Berkait rapat dengan pendekatan/teknik/kaedah/strategi yang digunakan oleh guru di dalam pengajarannya.  Contoh: Jika guru mengamalkan pendekatan berpusatkan guru, kaedah kelas, kaedah syarahan, kaedah bercerita atau kaedah demonstrasi, interaksi dalam bilik darjah akan menjadi sehala kerana guru yang mengawal segala aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di dalam bilik darjah.
·       Ciri-ciri interaksi sehala:

I.                 Corak interaksi bilik darjah ditentukan oleh guru kelas.
II.               Tiada interaksi yang berlaku antara murid dengan murid.
III.             Murid-murid tidak terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara aktif.


Interaksi dua hala 
·   Guru menggunakan pendekatan yang berlainan seperti perbincangan atau kaedah induktif, interaksi yang berlaku di dalam bilik darjah bertukar menjadi dua hala.
·    Ciri-ciri interaksi dua hala:

I.                    Aktiviti pengajaran dan pembelajaran bercorak aktif.
II.           Perhubungan guru dengan murid menjadi rapat akibat komunikasi terbuka di dalam   bilik darjah.
III.    Menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menyoal dan meminta pendapat mereka.


Interaksi dua hala di antara murid-murid
·  Guru menggunakan pendekatan kumpulan, kaedah projek, kaedah bermain, lakonan, sumbangsaran dan sosio grama sebagai aktiviti-aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran, interaksi antara murid-murid dapat memikirkan dengan lebih banyak lagi
·      Ciri-ciri interaksi dua hala di antara murid dengan murid

I.                  Aktiviti pembelajaran menjadi aktif dan dinamik.
II.               Perhubungan antara murid dengan murid dieratkan.
III.            Interaksi guru dengan murid dihadkan kepada mengikut arahan guru sahaja.
IV.             Pembelajaran koperatif dan kolaboratif menjadi tumpuan guru.

Interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid

·   Guru menggunakan kaedah-kaedah dan teknik pengajaran seperti simulasi, main peranan, pendekatan kumpulan, kaedah perbincangan, uji kaji, kaedah penyelesaian masalah dan kaedah perbincangan, ia akan menggalakkan interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid-murid lain di dalam bilik darjah.
·   Ciri-ciri penting:

I.           Komunikasi berkesan yang berlaku di antara guru dengan murid dan murid dengan  murid.
II.                  Penyertaan aktif murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
III.               Suasana yang kondusif untuk mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran.


CARA MEMBENTUK INTERAKSI YANG SIHAT DALAM PEMBELAJARAN
  • ·      Perlunya diterapkan sikap demokratik didalam proses pembelajaran dimana setiap orang berhak untuk mengutarakan pendapat mereka dan perbincangan secara sihat boleh dilaksanakan.
  • ·      Antara cara untuk membantu membentuk dan meningkatkan interaksi didalam kelas dapat kita mulakan dengan sikap seseorang guru itu dimana guru perlu bersikap adil dengan semua muridnya tanpa ada sikap berat sebelah atau pilih kasih.
  • ·         Guru juga perlu yakin dalam setiap penyampaiannya serta professional dalam melaksanakan tugasnya sebagai pendidik
  • ·         Seterusnya guru perlu bertoleransi dengan murid-murid bagi membantu mereka dengan lebih berkesan
KEPENTINGAN INTERAKSI DALAM PEMBELAJARAN
  •   Interaksi mampu mengeratkan perhubungan guru dengan murid-murid dalabilik darjah. Perhubungan guru dan murid-muridnya ang mesra adalah syarat penting bagi guru menyampaikan pelajaran dengan berkesan
  • Interaksi dalam pengajran dan pembelajaran adalah penting kerana interaksi merupakan proses utama agi guru menyampaikan ilmu pengetahuan kepada muridnya.
  • Melalui interaksi juga  guru dapat melaksanakan racangan mengajarnya mengikut objektif pelajar yang ditentukan.
  •  Melalui interaksi dengan bahan pelajaran, guru dapat menyampaikan pelajarannya dengan berkesan. Pertukaran maklumat atau idea di antara guru dengan murid memerlukan interaksi dua hala

RUMUSAN

Bagi mewujudkan interaksi yang berkesan komunikasi yang baik juga perlu dititikberatkan. Bercakap tentang komunikasi yang merupakan perkara yang sememangnya amat dekat dengan interaksi dimana ia merupakan proses untuk kita bertutur atau menyampaikan sesuatu kepada orang lain. Justeru itu kita perlu  menjaga komunikasi kita dengan orang lain supaya semua orang lain lebih mudah untuk berinteraksi dengan kita.



TOPIK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN.

DEFINISI PENGURUSAN ~  Pengurusan bermaksud satu proses untuk mendapatkan penyertaan dan kerjasama dari semua ahli untuk mencapai matla...